Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 19 Nov 2017
Versi 8.0.2c
Perutusan Akauntan Negeri SarawakPerutusan Akauntan Negeri Sarawak

foto datu jumastapha - akauntan negeri sarawak

Bismillahirrahmannirrahim (dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang)

 

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subahanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak yang diwujudkan sejak 2001 dapat menjadi saluran penyampaian informasi dan aktiviti jabatan kepada umum. Kewujudan laman web ini adalah seiring dengan keperluan semasa untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan Jabatan.

Laman Web Perbendaharaan Negeri Sarawak telah melalui pelbagai perubahan dan peningkatan dengan harapan ianya dapat menyediakan maklumat yang berguna berkaitan dengan perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti jabatan secara berterusan kepada pelanggan. Diharap pelanggan akan lebih mengetahui peranan dan fungsi Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Semoga kewujudan laman web ini menjadi titik tolak memacu transformasi perkhidmatan Perbendaharaan  Negeri Sarawak.

Aplikasi-aplikasi talian terus lain yang boleh dicapai melalui laman web ini diharapkan dapat memberi kemudahan kepada pengguna dalam memenuhi kehendak perkhidmatan yang diperlukan. Ia juga diharap menjadikan saluran perkongsian ilmu.

Sebarang cadangan, idea-idea inovatif dan kreatif yang boleh membantu untuk mewujudkan perkhidmatan berimpak tinggi, adalah sangat-sangat dialukan. Adalah menjadi harapan kami agar Jabatan Perbendaharaan Negeri dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dalam merealisasikan Visi jabatan ‘Untuk Menjadi Jabatan Perbendaharaan Contoh Sektor Awam Malaysia’.

 

Sekian, terima kasih.

 

Datu Jumastapha Bin Lamat

Akauntan Negeri Sarawak.