Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 19 Nov 2017
Versi 8.0.2c
Latihan IndustriLatihan Industri

1.  Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak mengalu-alukan semua pelajar yang berhasrat untuk mengikuti Latihan Industri di Jabatan Perbendaharaan dari mana-mana institusi pengajian tinggi. Sehingga kini, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menerima pelajar terutama sekali pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian seperti:

   - Pengurusan Perniagaan;
   - Pengurusan Kewangan;
   - Perakaunan dan yang berkaitan.

2. Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak tidak ada halangan jika pelajar dari bidang lain berminat untuk mengikuti Latihan Industri dengan syarat pengajian yang diambil berkaitan dengan fungsi dan peranan jabatan ini sendiri iaitu lebih menjurus kepada pengurusan perakaunan dan kewangan Negeri Sarawak.

3. Jika masih berminat, bolehlah mengemukakan surat permohonan ke alamat berikut:

    Jabatan Perbendarahaan Negeri Sarawak
    (Unit Pentadbiran & Sumber Manusia)
    Tingkat 10, Menara Pelita,
    Jalan Tun Abdul Rahman Yakub,
    93050 Petra Jaya, Kuching
    (u.p Encik Raca Mulong)

4. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Pegawai Tadbir di talian 082-440111 Samb. 217.