Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 16 Feb 2018
Versi 8.0.3
Garis Panduan Penggunaan Data Terbuka KerajaanGaris Panduan Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
Kerajaan Malaysia melaksanakan data terbuka bertujuan untuk meningkatkan keupayaan Kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data.   Data terbuka Malaysia boleh dicapai melalui www.data.gov.my.
 

 
Ianya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mempamerkan lebih banyak data kepada orang ramai, yang mana boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi Open Data Kerajaan Malaysia bermula 30 September 2015.

 
Pengguna data boleh akses secara percuma ke beberapa siri data statistik pada Portal Rasmi Open Data Kerajaan Malaysia. Akses percuma untuk lebih banyak data akan menggalakkan penyelidikan dan membawa kepada perancangan yang lebih baik, perlaksanaan keputusan yang lebih bermaklumat dan penciptaan penyelesaian baru.

 
Melalui Portal Rasmi Open Data Kerajaan Malaysia, pengguna yang berminat boleh memuat turun data dalam xls atau csv format untuk analisis selanjutnya.

 
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam Portal Rasmi Open Data Kerajaan Malaysia di "Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0".


Data terbuka Kerajaan Negeri Sarawak juga dipaparkan dalam portal tersebut. Pautan ke Data Terbuka Kerajaan Negeri Sarawak