Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 19 Nov 2017
Versi 8.0.2c
Fungsi Bahagian dan Seksyen JabatanFungsi Bahagian dan Seksyen Jabatan

Picture

Peranan Dan Fungsi Seksyen Inspektorat

1. Menjalankan lawatan serta pemeriksaan ke Perbendaharaan Bahagian/Kecil dan Kementerian/Jabatan di bahagian masing-masing.
2. Mengenalpasti ketidakpatuhan/luar aturan dan memberi panduan kepada pejabat berkenaan akan tindakan pembetulan atau penambahbaikan yang perlu diambil.
3. Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan/Kementerian dan Perbendaharaan Bahagian kecil yang menghadapi masalah perakaunan.
4. Menyediakan laporan Inspektorat Perbendaharaan mengikut format borang berkenaan dan mengemukakannya ke Seksen Inspektorat.
5. Membuat penyiasatan secara "ad-hoc" atau atas arahan oleh pihak atasan.

Peranan Dan Fungsi Seksyen Kewangan

UNIT PENGURUSAN DANA
1. Mengurus pelaburan dana hasil.
2. Mengurus pelaburan dana amanah.
3. Menyelenggara dan mengemaskini daftar pelaburan.
4. Menyimpan dengan selamat sijil saham dan lain-lain dokumen pelaburan.
5. menyediakan dokumen pelaburan.
6. Mengawasi keperluan aliran wang tunai.
7. Mengurus peti besi.
   
UNIT HASIL
1. Mengurus semua kepala hasil yang di bawah kawalan Akauntan Negeri Sarawak.
2. Membangunkan strategi untuk meningkatkan kutipan hasil.
3. Menguatkuasakan akta yang berkaitan.
4. Mengesahkan jumlah kutipan hasil dalam laporan bulanan.
   
   
Peranan Dan Fungsi Seksyen Gaji
UNIT KUMPULAN WANG SIMPANAN DAN PINJAMAN
A) SUB-UNIT KUMPULAN WANG SIMPANAN
1. Mengurus dan mengawas Government Employee Provident Fund (GEPF), Local Authority Provident Fund (LAPF), Teacher's Provident Fund (TPF) dan Widows & Orphan Pensions (WOP)
2. Mengeluarkan penyata kewangan bagai dana tersebut.
3. Menyelesaikan segala pertanyaan audit yang berkaitan dengan dana.
4. Membuat penyesuaian bagi baki lejar subsidiari dengan baki lejar utama.
5. Mengeluarkan penyata akaun kepada para penyumbang dua kali setahun.
6. Menyelenggara dan mengemaskini baki lejar subsidiari bagi dana tersebut.
   
B) SUB-UNIT PINJAMAN KAKITANGAN
1.
Menyelenggara dan mengemaskini lejar subsidiari pinjaman kakitangan.
2.
Memproses bayaran pinjaman yang telah diluluskan.
3.
Mengeluarkan surat tanggunggan sebaik sahaja pinjaman diselesaikan.
4.
Membuat penyelesaian bagi baki lejar subsidiari pinjaman dnegan baki lejar utama
5.
Mengeluarkan laporan berkala bagi pinjaman tertunggak.
6.
Mengeluarkan penyata akaun kepada para peminjam dua kali setahun.
7.
Mengambil tindakan susulan untuk mengutip pinjaman yang lama tertunggak.


UNIT GAJI
1.
Memproses semua gaji kakitangan kerajaan (tidak termasuk kakitangan sementara).
2.
Memeriksa semua borang masuk gaji dan dokumen berkaitan seperti Borang Input (T.156A), Notis Perlantikan dan lain-lain.
3.
Pemasukan dan mengemaskini data gaji.
4.
Membuat potongan bagi pihak agensi dan memproses bayaran.
5.
Menyediakan penyata gaji dan slip gaji ke jabatan.
6.
Menyediakan baucar bayaran untuk dihantar ke bank dan pejabat Perbendaharaan.
7.
Menyimpan dan menyelenggara dengan betul rekod gaji.




Peranan Dan Fungsi Seksyen Teknologi Maklumat
1.
Menyelenggara dan mengemaskini sistem.
2.
Memastikan sistem kewangan dan perakaunan seperti berikut adalah dalam keadaan sentiasa boleh beroperasi:

  • State Consolidated System
  • State Payroll System
  • Voucher Cheque Management System
  • Receipting System
  • Trade Licencing System
  • Loan & Borrowing System
  • Retirement Fund Management System
  • Fund Investment Management System
  • Sistem Bayaran Pukal
3. Memastikan keselamatan dan kesempurnaan data tidak disalahgunakan.
4. Menyediakan perancangan menyeluruh Sistem Maklumat Jabatan mengikut kepentiingan dan keperluan semasa.
   
   
Peranan Dan Fungsi Seksyen Perancangan dan Pentadbiran
UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
A) UNIT PENTADBIRAN

1. Menyelenggara dan mengemaskini mel berdaftar.
2. Mengedarkan mel kepada pegawai yang berkenaan.
3. Menghantar mel kepada jabatan lain.
4. Menyelenggara dan mengemaskini fail berdaftar.
5. Menjaga keselamatan fail.
6. Menyelenggara keselamatan pejabat.
7. Membuat tempahan ke atas peningkatan dan pembaikan bangunan.
8. Membuat tempahan ke atas perolehan aset.
9. Menyelenggara dan mengemaskini daftar aset.
10. Membuat pemeriksaan ke atas aset jabatan.
11. Membuat laporan ke atas perbezaan laporan aset dalam buku daftar harta benda dengan pengesahan pemeriksaan aset.
12. Mengambil tindakan untuk melaporkan aset yang hendak dihapuskira.
13. Menyelaras dan menggabungkan penyediaan balanjawan bagi aset.
14. Mengurus sistem telefon.
   
B) UNIT SUMBER MANUSIA
- Personel

1. Menyelenggara dan mengemaskini rekod peribadi.
2. Mengurus cuti dan tambang percuma kakitangan.
3. Mengurus pengesahan, pertukaran, pengambilan, kebajikan, perpindahan dan perletakan jawatan kakitangan.
   
- Latihan
1. Mengurus latihan kakitangan.
2. Menyelenggara dan mengemaskini rekod latihan kakitangan.
3. Menganjur Bengkel tahunan pegawai-pegawai kanan jabatan dan menyelaras segala aktiviti yang dijalankan.
   
C) UNIT PERANCANGAN
1. Menyelaras penyediaan anggaran belanjawan jabatan.
2. Menyedia analisa varian.
3. Menyelenggara dan mengemaskini buku vot lejar Dana Penyelenggaraan Jalanraya Negeri.
4. Mengeluarkan Borang Pesanan Kerajaan Jabatan.
5. Menyelenggara dan mengemaskini buku vot.
6. Mengesahkan barang yang diterima dan perkhidmatan yang dilakukan memenuhi segala keperluan dan spesifikasi
7. Menyediakan baucar bayaran.




Peranan Dan Fungsi Seksyen Perakaunan
1.
Menggubal polisi dan garis panduan yang berkaitan dengan akaun.
2. Menyelaras aktiviti penutupan dan penyediaan akaun bulanan dan tahunan.
3. Menyelesaikan dan mengambil tindakan susulan ke atas pertanyaan audit.
4. Memantau dan membuat penambahbaikan ke atas sistem, prosedur dan proses kerja perakaunan.




Peranan Dan Fungsi Perbendaharaan Bahagian

(Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang)


1.
Menerima kutipan hasil.
2. Membuat pengesahan dan pembayaran.
3. Menyelenggara dan mengemaskini buku tunai.
4. Membuat penyesuaian buku tunai dengan penyata bank.
5. Pemasukan data akaun ke dalam sistem.
6. Menyimpan dengan selamat wang yang dibawah jagaan.
7. Menyimpan rekod perakaunan secara sistematik dan selamat.
8. Menghantar dari semasa ke semasa penyata akaun ke Ibupejabat untuk tindakan penyatuan akaun.
9. Memproses dan mengeluarkan lesen perdagangan.
10. Memproses dan mengumpul duti hiburan.