Portal Rasmi
Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak

Majlis Penghargaan Pegawai
Tarikh : 23 Mar 2020
 

majlis penghargaan pegawai

Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia telah menganjurkan satu Majlis Penghargaan pada 13 Mac 2020 kepada pegawai yang akan bersara pada penghujung bulan Mac 2020. Antara pegawai yang akan bersara adalah Puan Rosnani Ateng yang telah berkhidmat hampir 39 tahun, Encik Anuar Bin Haji Rashidi yang berkhidmat selama 41 tahun dan Encik Benedict Tham Swee Khoon. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Elean Masa'at, Akauntan Negeri Sarawak di Bilik Persidangan, Tingkat 10, Bangunan Baitul Makmur 2. Akauntan Negeri menyampaikan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada ke tiga-tiga pegawai yang telah banyak memberikan sumbangan kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri dan Kerajaan Sarawak amnya.