IKLAN JAWATAN KOSONG BAGI JAWATAN AKAUNTAN, GRED WA41 DAN PENOLONG AKAUNTAN, GRED W29 | ||||||
Tarikh : 14 Sep 2020 |
||||||
Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak mempelawa warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Jawatan Berasaskan Caruman/Kontrak di pelbagai kementerian dan jabatan di Sarawak. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
CARA MEMOHON Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my
NOTA Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/ atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 September 2020 |