Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Nov 2019
Versi 8.2.2
Perutusan Akauntan Negeri SarawakPerutusan Akauntan Negeri Sarawak

 

Bismillahirrahmannirrahim (dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang)

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Subahanahu WaTa’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak yang diwujudkan sejak 2001 dapat menjadi saluran penyampaian informasi perkhidmatan dan aktiviti jabatan kepada umum. Kewujudan laman web ini adalah seiring dengan keperluan semasa untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan terkini Jabatan dan dikongsi bersama pelanggan.

Laman Web Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah melalui beberapa penambahbaikan secara berterusan dengan harapan ianya dapat menyediakan maklumat yang berguna dan berkaitan dengan perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti jabatan kepada pelanggan.

Aplikasi-aplikasi talian terus lain yang boleh dicapai melalui laman web ini diharap dapat memenuhi ekspektasi pelanggan. Ia juga boleh dijadikan saluran perkongsian ilmu.

Sebarang cadangan, idea-idea inovatif dan kreatif yang boleh membantu untuk menjadikan perkhidmatan Jabatan berimpak tinggi, adalah amat dialukan. Adalah menjadi harapan kami agar Jabatan Perbendaharaan Negeri dapat memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada pelanggan dalam merealisasikan Visi jabatan ‘Untuk Menjadi Jabatan Perbendaharaan Contoh Sektor Awam Malaysia’ yang mendokong visi  Perkhidmatan Awam Negeri iaitu‘World Class Public Service’.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Akauntan Negeri Sarawak.