Orang awam adalah dipelawa untuk turut serta dalam e-Penyertaan demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Jabatan Perbendaharan Negeri. Maklum balas yang diterima akan dipanjangkan kepada pihak Pengurusan dalam memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan dalam menyokong wawasan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Bil |
BUTIRAN e-PENYERTAAN |
TEMPOH PENYERTAAN |
STATUS |
6 | APPLIKASI PERKHIDMATAN YANG PERLU SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) Maklum balas orang ramai diperlukan untuk mendapatkan pandangan berhubung perkhidmatan yang anda mahukan dibuat secara atas talian apabilan berurusan dengan Jabatan kami. Sila klik ruang UNDIAN pada laman web kami dan anda boleh melihat keputusan maklum balas orang ramai berkenaan. MAKLUM BALAS ORANG AWAM: Klik untuk status maklum balas terkini |
Mula: 15.11.2019 Tamat 31.12.2020 |
BUKA |
5 | KAEDAH PEMBAYARAN SECARA PERBANKAN INTERNET, KIOSK, KAUNTER Pihak kami ingin mendapatkan maklum balas berhubung perkhidmatan yang perlu ditambahbaik dalam meningkatkan kecekapan kutipan wang dan perkhidmatan kepada rakyat dan orang awam. Anda boleh memilih perkhidmatan yang disukai atau diperlukan bagi urusan pembayaran kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Iaitu sama ada pembayaran melalui perbankan internet, kiosk, Sarawak Pay/ 'e-wallet' atau pembayaran di kaunter. Justeru itu orang awam adalah dipelawa untuk turut serta dalam survei ini dengan memilih perkhidmatan dalam ruangan UNDIAN (sila klik). MAKLUM BALAS ORANG AWAM: Klik untuk status maklum balas terkini |
Mula: 30.7.2018 Tamat: 31.8.2019 |
TUTUP |
4 | KAEDAH SALURAN PENGHANTARAN NASIHAT BAYARAN MELALUI PORTAL lanjutan kepada survei saluran pemakluman nasihat bayaran kepada penerima melalui e-mel. Agensi kami bercadang untuk memanjangkan perkhidmatan pemakluman nasihat bayaran melalui PORTAL bagi memudahkan orang awam boleh menyemak status bayaran dari semasa ke semasa. Justeru itu orang awam adalah dipelawa untuk turut serta dalam survei ini bagi membolehkan pihak kami memenuhi dan menambahbaik mutu perkhidmatan kepada pelanggan kami. sila ke ruangan UNDIAN. Terima kasih. MAKLUM BALAS ORANG AWAM: Klik untuk status maklum balas terkini |
Mula: 17.2.2017 Tamat: 31.05.2018 |
TUTUP |
3 |
SURVEI SALURAN CAPAIAN PERKHIDMATAN MOBIL KERAJAAN NEGERI YANG DIGEMARI Survei saluran capaian perkhidmatan mobil Kerajaan Negeri yang digemari BUTIRAN: Agensi kami berhasrat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mobil kepada orang awam. Orang awam adalah dipelawa untuk menyertai survei atas talian kami untuk tujuan tersebut Semua maklumbalas akan dijadikan sebagai rujukan dalam penentuan hala tuju pembangunan perkhidmatan mobil agensi kami. (Sila ke ruangan UNDIAN pada Menu Utama) MAKLUM BALAS ORANG AWAM: Klik untuk status maklum balas terkini |
Mula: 1.9.2016 Tamat: 31.12.2016 |
TUTUP |
2 | CARA PEMAKLUMAN / NOTIFIKASI PEMBAYARAN (NASIHAT BAYARAN) KEPADA PENERIMA YANG PALING DISUKAI BUTIRAN: Kajian dijalankan untuk mendapatkan maklum balas cara pemakluman kepada orang awam/ syarikat berhubung bayaran yang diterima. Bentuk pembayaran perlu dipilih untuk cara pemakluman yang paling disukai. Maklum balas orang ramai adalah penting untuk memastikan pendekatan jabatan memaklumkan orang awam bahawa pembayaran tuntutan sama individu mahupun kepada syarikat adalah yang paling sesuai dan memudahkan orang awam mengetahui bahawa bayaran telah dibuat dengan kadar yang segera. (Sila ke ruangan UNDIAN pada Menu Utama) MAKLUM BALAS ORANG AWAM: Klik untuk status maklum balas terkiniHASIL e- PENYERTAAN: Keputusan Hasil e-Penyertaan (Sila klik) |
Mula: 20.5.2016 Tamat: 15.2.2017 |
TUTUP |
1 | MASALAH TELEFON YANG LAMBAT DIJAWAB? BUTIRAN: Kajian dijalankan untuk mendapatkan maklum balas mengenai kaedah terbaik untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan telefon di ibu pejabat. MAKLUM BALAS ORANG AWAM: Hasil e-penyertaan : Kajian Masalah Telefon yang lambat dijawab. HASIL e-PENYERTAAN: Keputusan Ke Atas Hasil e-penyertaan |
Mula: 1.2.2015 Tamat: 31.7.2015 |
TUTUP |