Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak akan mengadakan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Akauntan (PA) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) yang menjalankan tugas dalam bidang kewangan sepenuh masa seperti berikut:
Tarikh Peperiksaan Pertama : 18 Jun 2019 (Selasa)
Tarikh Peperiksaan KEdua : 15 Oktober 2019 (Selasa)
Bersama-sama ini disertakan Surat Makluman & Jadual Peperiksaan, Sukatan Peperiksaan dan Borang Permohonan sebagai rujukan.
Sila hubungi urusetia kami di talian 082-440111, Encik Addahri bin Mahmud (samb.219) dan Puan Zaty Yusrina binti Mohd Yussof (samb.230) sekiranya ada pertanyaan lanjut.
Sekian, terima kasih.