News

 

Taklimat Sarawak Pay

Posted on 14 Jan 2018

Satu taklimat mengenai Sarawak Pay telah diadakan pada 11.1.2018 di Bilik Persidangan, Tingkat 11 Menara Pelita. Taklimat telah disampaikan oleh wakil SilicoNet Technology yang merupakan anak syarikat Sarawak Informations Centre (SAINS). 3 orang pegawai daripada SilicoNet telah membantu memberikan penjelasan kepada semua pegawai yang hadir ke sesi taklimat ini. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Chin Zan Kiun, Senior Executive, Marketing Sales & Operation. Beliau telah dibantu oleh Encik Chin SU Phei dan Cik Asther Joy Melkin Spencer. Upacara telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Christopher Danan Banjie, Penolong Akauntan  Negeri (Inspektorat).

Menerusi aplikasi Sarawak Pay, orang ramai boleh membayar bil elektrik Sarawak Energy Berhad (SEB), Lembaga Air Kuching dan 26 taksiran membabitkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan dua hotel milik anak syarikat Kerajaan Negeri Sarawak (Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)) melalui e-Wallet (e-dompet), kad kredit atau perbankan internet. Kaedah pembayaran melalui e-Wallet yang dilesenkan di bawah PaymentGalaxy®Wallet   dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi Sarawak Pay menerusi Google Play dan Apple Store. Dengan aplikasi ini bermakna Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia yang menggunakan sistem pembayaran mudah alih tanpa tunai melalui aplikasi ini.     



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman