News

 

Refleksi 1Perbendaharaan Bulan September

Posted on 04 Oct 2012

Perhimpunan bulanan Refleksi 1Perbendaharaan untuk Bulan September 2012 telah diadakan pada 27.09.2012 yang lalu. Akauntan Negeri Sarawak dalam perhimpunan kali ini menzahirkan ucapan tahniah beliau atas kenaikan pangkat Puan Hajjah Elean Masa'at ke jawatan Gred W54 secara hakiki dan 3 orang staf Perbendaharaan iaitu Encik Awg Sabli Awg Sulong (PB Bintulu), Encik Goh Jeu Sin (PB Sibu) dan Puan Lau Chin Kei (PB Sibu) yang telah dianugerahkan pingat kebesaran negeri sempena Harijadi TYT pada 8 September 2012 yang lalu.
Picture


Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada saudara Awang Sahmat dan saudara Riman serta ahli jawatankuasa yang telah berjaya menguruskan malam Ramah Tamah Aidilfitri yang telah diadakan pada 1 September yang lepas. Disamping itu, beliau melahirkan rasa bangga apabila Kumpulan SKIP telah menjadi johan Kategori Pengurusan di Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun ini. Dan dengan ini juga, SKIP akan mewakili Sarawak untuk bertanding di Langkawi pada November 2012.

Pada perhimpunan ini juga, Akauntan Negeri memberikan nasihat dan peringatan kepada semua staf agar menitikberat soal disiplin di pejabat dari segi kerja, amanah kepada tanggungjawab dan tugas, tidak curi tulang, tidak ponteng, tidak mencuri harta kerajaan dan semua staf perlu sikap penuh integriti.

Ketuas Seksyen, ketua Unit dan Ketua Bahagian diingatkan agar bertanggungjawab mengambil langkah-langkah sewajarnya tanpa melengahkan tindakan serta perlu berkerjasama dengan Pegawai Tadbir untuk pemantauan yang serius bagi kes disiplin sekiranya ada.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman