Kami akan menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan dengan mewujudkan anggota kerja yang komited, sistem kerja yang efektif, budaya kerja yang cemerlang dan persekitaran kerja yang kondusif.
Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan JobSarawak sebagai platform sehenti bagi menghubungkan pencari kerja dan majikan di seluruh negeri.
Portal ini menyediakan pelbagai peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor seperti pentadbiran, teknologi, industri dan lain-lain. Selain itu, JobSarawak turut menyokong pembangunan kerjaya dan keperluan tenaga kerja bagi memperkukuh ekonomi Sarawak.
Orang awam adalah digalakkan untuk mendaftar dan meneroka peluang kerjaya melalui pautan berikut: https://job.sarawak.gov.my/