Panduan Permohonan ERecruitment - Permohonan Atas Talian

 

Panduan Permohonan eRecruitment - Permohonan Atas Talian


 

 
    SYARAT DAN CARA MEMOHON JAWATAN DALAM SISTEM eRECRUITMENT
 
  1. Syarat Memohon
 
        1.1   Semua permohonan boleh dikemukakan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://erecruitment.sarawak.gov.my
    1.2

Untuk pemohon yang mendaftar secara atas talian (online) (termasuk pemohon di kalangan pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat) adalah dikehendaki mengemukakan sijil/dokumen asal dan yang telah disahkan hanya sekiranya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga seperti berikut:-

a) Gambar berukuran paspot
b) Kad Pengenalan
c) Sijil Lahir
d) Sijil-sijil Akademik
e) Sijil Berhenti Sekolah
f)  Lain-lain dokumen/sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan
g) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah mengemukakan semua dokumen di atas dan dokumen berikut:

i)  Surat permohonan jawatan kosong melalui Ketua Jabatan dan ulasan sama ada beliau menyokong permohonan tersebut ataupun tidak
ii) Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini
iii)Laporan penilaian prestasi tahunan terkini
 
  2. Keterangan Am
 
    2.1

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak melaksanakan Sistem Pengambilan Sepanjang Masa yang mana pemohon boleh memohon sepuluh (10) jawatan yang diminati (dan memenuhi syarat kelayakan minimum) dan permohonan tersebut akan sah untuk tempoh satu (1) tahun daripada tarikh permohonan.
 

    2.2

Jawatan-jawatan kosong di perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan akan diiklankan dari masa ke semasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (dan pihak kuasa melantik yang lain) melalui laman web e-Recruitment. Pemohon yang telah mendaftar boleh mengemaskini permohonan jawatan masing-masing berdasarkan jawatan yang diiklankan. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web e-Recruitment
 

    2.3

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (dan pihak kuasa melantik yang lain) akan menyenarai tapis permohonan apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut pada bila-bila masa dalam tahun tersebut.

    2.4 Hanya calon-calon yang mendaftar dan melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (atau pihak kuasa melantik yang lain) akan dipanggil temuduga. Pemohon boleh menyemak status permohonan masing-masing di laman web yang tersebut di atas.
 
    2.5 Hanya pemohon yang berjaya semasa temuduga sahaja akan dimaklumkan melalui surat tawaran manakala pemohon yang gagal tidak akan dimaklumkan melalui surat.
 
    2.6 Maklumat lengkap mengenai jawatan kosong dan syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web  http://erecruitment.sarawak.gov.my
    2.7 Tertakluk kepada program temuduga, sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklumbalas/jawapan dalam tempoh 3-4 bulan dari tarikh temuduga, pemohon dianggap tidak berjaya.

Nota:

Pemohon walau bagaimanapun boleh menghubungi jabatan/kementerian yang mengiklan untuk maklumat lanjut berhubung permohonan masing-masing
       
  3.  Cara Memohon
 
    3.1 Sekiranya anda pemohon yang mendaftar buat pertama kali;
      (i) Klik ke butang 'Pendaftaran Baru'
      (ii) Isi kata laluan yang akan digunakan untuk log masuk ke dalam sistem e-recruitment.
(Sila pastikan kata laluan yang dipilih adalah selamat dan senang diingat oleh pemohon sendiri tetapi tidak mudah dijangka oleh orang lain)
      (iii) Lengkapkan semua maklumat dalam borang pendaftaran termasuk alamat e-mel
       (iv) Klik butang 'Hantar'
        Pemohon akan menerima notis pemberitahuan dalam skrin komputer memaklumkanpendaftaran telah berjaya.
       (v) Klik butang 'sini' untuk akses ke maklumat peribadi pemohon dan lengkapkan semua maklumat yang lain seperti berikut:-

a) Maklumat Peribadi
b) Maklumat Akademik
c) Maklumat Aktiviti Luar
d) Maklumat Tambahan
e) Pengakuan Pemohon

Nota:

Sila pastikan kesemua maklumat dalam sistem e-Recruitment anda diisi dengan lengkap. Sekiranya data tidak berkenaan, sila pastikan anda memilih senarai pilihan 'TIDAK BERKAITAN (N/A)'.

Pemohon dikehendaki menanda (√) “Pengakuan Pemohon’ setiap kali menambah atau mengemaskini maklumat baru dalam akaun e-Recruitment masing-masing.

      (vi) Klik butang 'Borang Permohonan' dan kemudian klik ke 'Permohonan Jawatan' untuk memilih jawatan yang diminati dan bersesuaian dengan kelayakan.  Pilih jawatan yang dikehendaki dan klik butang 'Kemaskini'.
       

Nota:

Sila lengkapkan semua maklumat yang bertanda merah * di menu utama sebelum membuat permohonan 'on-line' dan isi 'TIDAK BERKAITAN (N/A)' sekiranya maklumat yang dinyatakan tidak berkaitan.
 
Butang 'Kemaskini/Hantar' untuk menghantar permohonan jawatan hanya akan dipapar di skrin sekiranya semua maklumat telah dilengkapkan.

      (vii)

Sekiranya pemohon ingin menyemak status permohonan, klik butang 'Borang Permohonan' dan kemudian klik ke 'Status Permohonan Jawatan'.

Sekiranya status permohonan masih 'Baru', bermakna jawatan tersebut masih belum diproses ATAU jabatan yang mengiklan memproses jawatan kosong secara manual.

Sekiranya status permohonan bertukar 'Memenuhi Kriteria Tapisan', bermakna permohonan disenarai pendek dan mungkin akan dipanggil untuk temuduga. Semak jadual untuk pengesahan panggilan temuduga ataupun ujian bertulis. Klik ke butang 'Jadual' kemudian pilih jenis jadual yang dikehendaki samada ‘Jadual Ujian, Jadual AC, ataupun Jadual Temuduga. Status 'Memenuhi Kriteria Tapisan' tidak semestinya dipanggil temuduga.

Sekiranya status permohonan bertukar 'Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan', bermakna permohonan tidak menepati kriteria senarai tapis pihak kuasa melantik dan tidak disenarai pendek/tidak terpilih untuk ditemuduga.

      (viii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai mendaftar dan memohon.
 
    3.2 Sekiranya anda pemohon yang telah mendaftar dan hanya ingin memohon jawatan kosong yang sedang diiklankan;
      (i) Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru dan Kata Laluan.
      (ii) Ulang langkah 3.1 (vi) dan (vii)
      (iii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai memohon.
 
    3.3 Sekiranya anda pemohon yang telah mendaftar dan hanya ingin mengemaskini maklumat baru dalam sistem e-recruitment;
      (i) Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru dan Kata Laluan.
      (ii) Kemaskini maklumat yang ingin ditukar dan klik butang 'Hantar' setiap kali selepas mengemaskini.
      (iii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai mengemaskini.
 
    3.4

Sekiranya pemohon lupa kata laluan akaun e-Recruitment, klik ‘Lupa Kata Laluan’ di laman utama dan isikan nombor kad pengenalan baru dan alamat emel yang digunakan untuk mendaftar sebelum ini. Kata Laluan yang baru akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan dan sila tukar kata laluan yang diberikan untuk tujuan keselamatan. Sekiranya pemohon masih menghadapi masalah, sila hubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-7246 untuk set semula kata laluan.

 

© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 23 Dec 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman