Untuk memberi bimbingan dan nasihat bagi membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam meningkatkan lagi tahap akauntabiliti pengurusan kewangan masing-masing terutamanya berhubung dengan penyelenggaraan rekod perakaunan.
Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan JobSarawak sebagai platform sehenti bagi menghubungkan pencari kerja dan majikan di seluruh negeri.
Portal ini menyediakan pelbagai peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor seperti pentadbiran, teknologi, industri dan lain-lain. Selain itu, JobSarawak turut menyokong pembangunan kerjaya dan keperluan tenaga kerja bagi memperkukuh ekonomi Sarawak.
Orang awam adalah digalakkan untuk mendaftar dan meneroka peluang kerjaya melalui pautan berikut: https://job.sarawak.gov.my/