Mengurus sistem perakaunan dan kewangan yang sentiasa tersusun dan kemas
Menyediakan perkhidmatan perbendaharaan yang berteraskan kepada ketepatan masa ketepatan maklumat dan kesediaan bertindak di atas maklumbalas pelanggan
Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan JobSarawak sebagai platform sehenti bagi menghubungkan pencari kerja dan majikan di seluruh negeri.
Portal ini menyediakan pelbagai peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor seperti pentadbiran, teknologi, industri dan lain-lain. Selain itu, JobSarawak turut menyokong pembangunan kerjaya dan keperluan tenaga kerja bagi memperkukuh ekonomi Sarawak.
Orang awam adalah digalakkan untuk mendaftar dan meneroka peluang kerjaya melalui pautan berikut: https://job.sarawak.gov.my/