Terma 5s

 

Terma 5s


Terma Rujukan : Housekeeping (5S)


Penyataan Matlamat
  • Menjadikan persekitaran kerja kemas, selesa dan cekap melalui amalan kebersihan oleh semua kakitangan di bawah kepimpinan semua ketua seksyen/unit.
  • Mewujudkan di dalam diri disiplin kerja yang baik, semangat bekerja berpasukan dan sikap yang baik yang mengalakan kemajuan yang berterusan.
  • Untuk mencerminkan organisasi dan tempat kerja kita adalah baik untuk semua.
Bidang Kerja
    Terdapat dua peranan utama dalam pembentukan 5S.
  • Jawatankuasa Kecil 
       Adalah bertanggungjawab di atas keseluruhan pengurusan kegiatan-
       kegiatan  5S dalam jabatan.

  • Setiap Seksyen
      Tiap-tiap seksyen adalah bertanggungjawab mengekalkan amalan kebersihan
      yang diwujudkan.

Peranan dan Tanggungjawab
  • Jawatankuasa Kecil
    • Untuk menghuraikan dasar dasar, garispanduan, peraturan dan arahan bagi memandu perlaksanaan 5S untuk Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.
    • Merangka semua kegiatan 5S.
    • Memperkenalkan kegiatan kegiatan 5S dalam Jabatan.
    • Mengesan dan melaporkan kemajuan kegiatan kegiatan 5S.
    • Merangka, mengelola serta mendapatkan sumber latihan mengenai kegiatan kegiatan 5S.
    • Menyokong, mengalak dan mengiktiraf semua kegiatan 5S.
    • Mewujudkan galakan bagi amalan-amalan 5S yang baik.
    • Menjalankan pemeriksaan dan penilaian ke atas kemajuan kegiatan kegiatan 5S
  • Ketua-Ketua Seksyen
                Memberikan sokongan dan mengamalkan amalan kebersihan 5S
                yang baik.
 

© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 23 Dec 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman