News

 

Peperiksaan Subjek Jabatan Sesi 2/2012

Posted on 09 Nov 2012

Pada 5 November 2012 yang lepas, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Peperiksaan Subjek Jabatan Sesi 2/2012 bagi Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred 17 dan Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred 27. Peperiksaan telah diadakan di Pustaka Negeri, Kuching Sarawak. Seramai 20 calon peperiksaan yang terdiri daripada 18 orang dari Gred17 dan 2 orang dari Gred 27.

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan ini adalah daripada Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah, Jabatan Pertanian, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, Bintulu Development Authority, Jabatan Perhutanan, Kementerian Kemudahan Awam, Residen Betong, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti serta Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman