Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan ke Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Cawangan Kuching yang terletak di Jalan Uplands pada 28.11.2012. Rangka lawatan adalah untuk mendengar taklimat dan berkongsi ilmu mengenai 'Balance Scorecard' yang telah dilaksanakan oleh pihak KWSP sejak tahun 2010. Rombongan lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Akauntan Negeri Sarawak iaitu Puan Hajah Elean Masa'at. Pihak Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Chia Swee Choo dan urusetia atas kesudian pihak KWSP menerima kunjungan ini.