News

 

Refleksi 1 Perbendaharaan Bulan Disember

Posted on 07 Dec 2012

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawaka telah menganjurkan Refleksi 1Perbendaharaan untuk bulan Disember 2012 pada 5 Disember 2012. Akauntan Negeri telah menyampaikan rasa gembira atas pengiktirafan juara dalam pertandingan KIK peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Langkawi dan jabatan telah mendapat anugerah 4 bintang serta markah tertinggi di Negeri Sarawak adlam Akauntabiliti Indeks, yang mana majlis anugerah tersebut telah diadakan di Kuantan, Pahang.

Akauntan Negeri juga menasihati pegawai menangani masalah stress yang berlaku dikalangan staf kerana beliau menegaskan untuk menjadi pegawai yang cekap, setiap orang perlu menempuh situasi berkenaan. Jika dilihat dari sudut positif, stress bermakna pegawai berkenaan ambil tahu dan prihatin dengan apa yang dirancangkan oleh Jabatan. ianya juga mencerminkan usaha pegawai untuk memperbaiki tahap kecemerlangan output jabatan. 

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai di atas perkhidmatan cemerlang yang diberi dalam tahun 2012



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman