News

 

Majlis Penghargaan

Posted on 09 Jan 2013

Pihak Pengurusan dan Unit Sumber Manusia, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan jamuan bagi majlis penghargaan pada 4 Januari 2013 kepada 3 jawatankuasa atas pencapaian mereka pada tahun 2012. 

majlis penghargaan untuk 3 jawatankuasa

Semua Pengerusi Jawatankuasa telah menyerahkan Sijil Penghargaan masing-masing kepada Akauntan Negeri Sarawak pada majlis tersebut. Majlis penghargaan ini telah dihadiri oleh semua staf di Ibu Pejabat dan wakil daripada PB Kuching dan PB Samarahan bagi penghargaan berikut:

  1. Jawatankuasa Laman Sesawang atas pencapaian 5 Bintang dalam Penilaian 'Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2012.
  2. Kelab KESTURI Jabatan atas pencapaian Tempat Pertama Penyertaan Terbanyak Program dan Aktiviti MAKSAK 2012 dan Penganjuran Terbaik Program dan Akviti MAKSAK 2012.
  3. Majlis Bersama Jabatan atas pencapaian Sijil Penghargaan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia kerana telah melaksanakan mesyuarat mengikut jadual secara suku tahunan pada 2011.

Selaku wakil jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan Perbendaharaan Sarawak yang telah bersama-sama menjayakan aktiviti sehingga jabatan mendapat penghargaan ini.

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman