News

 

Refleksi 1Perbendaharaan

Posted on 17 Jan 2013

Satu perhimpunan bulanan Refleksi 1Perbendaharaan telah diadakan pada 9 Januari 2013 yang lepas. Akauntan Negeri Sarawak telah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua pegawai dengan harapan Tahun 2013 ini akan menyediakan peluang dan hasil-hasil yang mampu mengharum nama Jabatan.

Beliau memaklumkan bahawa beberapa rancangan dan projek yang akan dilaksana dalam tahun 2013 ini hendaklah ditangani dengan persepsi yang positif dalam isu yang hendak diselesaikan dan diatasi. Beliau menegaskan dengan bantuan semua pegawai, Ketua Seksyen dan Ketua Unit telah seringkali dapat menyambut cabaran pendekatan ini. Moto ini juga berkait rapat dengan satu ungkapan Inggeris iaitu "Be part of the solution, not the problem".

Semua pegawai diingatkan agar lebih perihatin kepada sesuatu  yang nampak mudah tetapi amat penting seperti ketelitian ejaan semasa menaip, menulis nama orang  semasa membuat taksiran SST dan seumpamanya. Kalau pegawai mendisiplinkan data komitmen, pasti ianya dapat output yang terbaik.

Akauntan Negeri Sarawak mengulangi nasihat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak iaitu "memberi teguran dan nasihat kepada staf bukan sesuatu yang kejam. Ia kerana kita sayang kepada mereka, kita sayang kalau-kalau mereka tersilap menjalankan tugas, maka tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka. Maka mereka akan mendapat kesusahan di masa hadapan".

Beliau juga menyampaikan ucapan tahniah di atas semua pegawai dan juga jawatan kuasa kualiti yang baru-baru ini mendapat anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan iaitu Anugerah Laman Web, Anugerah MBJ dan Anugerah Sukan untuk Kelab KESTURI.

Akauntan Negeri Sarawak memaklukan bahawa adanya maklumbalas daripada pegawai kerajaan menyatakan yang hasil initiatif jabatan Perbendaharaan Negeri adalah nyata dan sememangnya ada impak terhadap kecekapan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Belaiau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai atas kesungguhan dan penglibatan mereka menambah daya efisien pejabat.

Beliau mengakhiri amanat beliau dengan sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai atas kejayaan yang telah diperolehi Jabatan dan berharap agar akan terus cemerlang di tahun ini

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman