News

 

Agenda Perbendaharaan 2012/2013

Posted on 16 Feb 2013
   

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengadakan Hari Agenda Perbendaharaan 2012/2013 serentak dengan sambutan Hari Keluarga telah diadakan pada 2-3 Februari 2013 yang lalu. Agenda Perbendaharaan ini bertujuan untuk membentangkan Pelan Strategik 2013-2014 dan pencapaian Pelan Strategik bagi tahun 2012.

suasana agenda perbendaharaan

 

Dalam Agenda Perbendaharaan ini juga diadakan Hari Inovasi bagi Jawatankuasa Kualiti seperti pengumuman dan pemberian hadiah bagi Seksyen Terbaik dalam amalan 5S yang dimenangi oleh Seksyen Tanjung dari Ibu Pejabat. 6Ps telah memberikan hadiah hari jadi kepada wakil Perbendaharaan Bahagian untuk staf yang menyambut hari Jadi. Jawatankuasa KIK mempersembahkan secara ringkas projek KIK masing-masing. Berikut adalah antara gelagat pegawai pada hari Agenda Perbendaharaan.

gelagat pegawai semasa agenda perbendaharaan

 

Pada sebelah petangnya, sukaneka diadakan untuk pegawai pegawai bersama ahli keluarga pegawai. Pelbagai acara sukaneka diadakan untuk  kanak-kanak dan orang dewasa.

Picture

Pemenang-pemengan sukaneka telah menerima hadiah masing-masing dalam acara yang diadakan.Tahniah kepada pemenang.

acara sukaneka

Malamnya diadakan Makan Malam Hari Keluarga Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak yang bertemakan "Glitz and Glamour". Antara acara pada malam berkenaan adalah permainan, persembahan tarian, nyanyian dan cabutan tiket bertuah. Pemilihan 'Queen and King of The Night' telah dimenangi oleh Puan Khadijah Khaider dan Encik Alfarizan Mohamad Alek.

makan malam hari keluarga

Pada malam ini juga diumumkan pemenang pegawai contoh yang menunjukkan prestasi yang baik dalam perkhidmatan pada tahun 2011 iaitu:

pegawai contoh christopher danan binjie pegawai contoh magdaline kueh lee meng


 

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman