Berita

 

Lawatan Q YB Tan Sri Datuk Amar Hj Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani

Disiarkan pada 12 Mar 2013

Pada 6 Mac 2013, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat kunjungan kualiti ke 4 buah jabatan di Menara Pellita termasuk Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Turut serta adalah Setiausaha Persekutuan bersama dengan ketua jabatan lain....

lawatan Q tan sri datuk amar setiausaha kerajaan negeri sarawak

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak merupakan jabatan ke-3 dilawati selepas Jabatan Pertanian. Sebelum ini YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani telah membuat perasmian Lawatan Q pada sebelah pagi di Tingkat 21, Menara Pelita. Ianya merupakan program julung-julang kalinya diadakan dan Kuching merupakan zon pertama yang dia

dakan lawatan Q ini.

Upacara di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Akauntan Negeri Sarawak. Beliau menzahirkan rasa bangga dengan kunjungan YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani yang pertama kali menjejak kaki ke Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Semua Akauntan dan Pemangku Akauntan dari seluruh bahagian Sarawak telah bersama-sama pegawai di Ibu Pejabt menyambut kedatangan YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani.

Di bawah adalah suasana sambutan kunjungan YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani.

suasana lawatan Q

 

Gambar kenangan pegawai Jabatan Perbendaharaan Negeri bersama YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani bersama rombongan.

gambar kenangan bersama Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak juga mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan jabatan-jabatan di Menara Pelita atas kerjasama yang diberikan. Tidak ketinggalan seluruh staf Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak yang sama-sama memberi komitmen sehingga ke akhir acara lawatan YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani beserta rombongan delegasi.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman