News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Mac 2013)

Posted on 08 Mar 2013

Refleksi 1Perbendaharaan untuk bulan Mac telah diadakan pada 5 Mac 2013 yang lepas bertempat di Ruang Legar, Menara Pelita. Akauntan Negeri Sarawak telah menzahirkan rasa bersyukur dan penghargaan kepada semua staf terutamannya Pegawai Tadbir dan jawatankuasa yang telah berjaya mengadakan Agenda Perbendaharaan 2012/2013 pada 2-3 Februari 2013. 

Beliau amat terharu kerana Agenda Perbendaharaan kali ini bukan sahaja menghasilkan Perancangan Strategik 2013-2014 tetapi juga memberikan hasil sampingan dalam bentuk kreativiti sosial apabila banyak bakat-bakat seperti tarian dikalangan staf.  Justeru itu, beliau mencadangkan agar Encik Kushairi selaku pengerusi KESTURI bersama dengan Encik Riman dan Encik Alfarizan bergabung untuk menubuhkan satu pasukan penari khas jabatan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada  Pengerusi KESTURI dan Jawatankuasa kerana dapat menyediakan hadiah cabutan bertuah yang banyak dan berkualiti.

 

Akauntan Negeri telah membuat pengumuman bahawa Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak di peringkat Ibu Pejabat telah berjaya mendapat Pembaharuan Pensijilan 5S dalam satu auditan yang telah diadakan pada 14 Februari 2013 yang lalu. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa 5S dan semua Zon di atas pencapaian ini. Berdasarkan komen yang diterima oleh Pihak Audit MPC, beliau memaklumkan telah memberikan arahan kepada Pengerusi 5S untuk membuat taklimat dan Perbentangan berhubung 5S dan komen-komen yang telah diterima dibuat penambahbaikan pada 8 Mac ini. Ianya bertujuan untukmengingatkan semua staf akan tanggungjawab setiap individu untuk mengamalan 5S. Semestinya amalan 5S ini tidak digalas oleh Jawatankuasa 5S sahaja atau Ketua Zon sahaja. Ia hendaklah menjadi amalan dan tanggungjawab semua.

Beliau telah membuat perkongsian ilmu dengan memberikan beberapa ungkapan coretan yang beliau kumpul untuk dikongsikan bersama dalam menajamkan kemahiran berfikir dan melaksanakan tindakan perancangan iaitu:

 

  1. There is nothing as powerful as a new idea in the hands of a first class entrepreneur (Ashoka Foundation);
  2. Most of the important thing in the word have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all (Dale Carneige);
  3. I cannot do everthing, but still I can do something; I will not refuse to do the something I can do (Helen Keller)
Akauntan Negeri Sarawak menasihati agar merenung sikap positif terus untuk diadapatasi oleh semua orang untuk membawa kecemerlangan kepada diri sendiri dan Jabatan.

 

 

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman