Berita

 

Majlis Randau 2013

Disiarkan pada 11 Mar 2013

Semua Akauntan Bahagian dan Pemangku Akauntan Bahagian di 11 Bahagian di Sarawak telah berkumpul pada 5 Mac 2013 yang lalu untuk menghadiri Majlis Randau yang diadakan setiap tahun......

randau 2013

 

Acara ini adalah untuk semua Akauntan Bahagian berbincang mengenai isu yang perlu diseragamkan bersama. Terdapat 19 isu telah dibincangkan dan dibentangkan kepada Akauntan Negeri Sarawak bersama dengan pihak Pengurusan. Bagi isu yang belum dapat diselesaikan pada hari berkenaan dan perlu merujuk kepada pihak atasan akan dimaklumkan kepada Akauntan Bahagian selepas menerima maklumbalas berkenaan.

Progam Randau ini juga memberi kesempatan kepada semua Akauntan Bahagian untuk mengeratkan silaraturahim dengan pihak Ibu Pejabat serta menyelesaikan isu dan kekusutan yang timbul daripada operasi bahagian masing-masing. Majlis ini juga memberi peluang kepada Akauntan Bahagian untuk terlibat sama dengan aktiviti yang dijalankan di peringkat Ibu Pejabat. Semua Akauntan Bahagian ini telah dijemput sempena sambutan lawatan Q oleh YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani yang mengadakan lawatan ke Jabatan Perbendaharaan Bahagian pada 6 Mac 2013.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman