News

 

Lawatan Panel AIPK

Posted on 31 Mar 2013

Pada 22 Mac 2013 yang lepas, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menerima kunjungan  Panel Penilai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK). Kunjungan panel penilaian AIPK ini telah diketuai oleh YBhg. Dato' Fauziah Binti Yaacob, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Sistem Dan Kawalan).....

lawatan Panel Penilai AIPK

Turut serta adalah YBhg. Dato' S. Kumaran (Setiausaha Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik Perbendaharaan Malaysia), YBhg. Dato' Bukhari Bin Hassan (Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pemantauan Perbendaharaan Malaysia), YBhg. Datu Hj Abang Mohd Shibli Hj. Abang Mohd Nailie (Pengurus Besar Baitulmal Sarawak), Puan Anis Rizana Bt Mohd. Zainudin (Perbendaharaan Malaysia), Puan Siti Mariam (MAMPU), Puan Fauziah Binti Abdullah (Jabatan Akauntan Negara), Encik Chiew Koh Chon (Jabatan Audit Negara), Encik Saiful Yazan Bin Alwi (Intan Wilayah Tengah) beserta dengan urusetia panel penilaian.

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak amat berbesar hati atas kunjungan untuk sesi penilaian AIPK 2012 ini dan mengucapkan terima kasih atas pandangan serta informasi yang diterima daripada ahli panel penilai.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman