News

 

Taklimat Pelaksanaan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum

Posted on 29 Apr 2013

Taklimat Pelaksanaan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum bagi pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak telah disampaikan oleh Encik Christopher Danan Binjie (Penolong Akauntan Negeri (Gaji)) pada 23 April 2013 yang lepas......

Seramai 25 orang staf Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah dijemput untuk hadir ke sesi taklimat ini dalam memberikan pendedahan pelaksanaan gaji ini. Penerangan menyentuh Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 iaitu Pekeliling Penambaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Penambaikan struktur JGMM ini melibatkan pegawai bertarf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service) yang sedang berkhidmat di bawah SSM pada atau selepas 1 Januari 2013 termasuk dalam syarat-syarat tertentu. Pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2013 juga terlibat dalam penambaikan JGMM ini. Ketua Jabatan terakhir di mana pegawai ditempatkan adalah bertanggungjawab terhadap pemindahan gaji bagi pegawai tersebut.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman