News

 

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 KOHAB

Posted on 29 May 2013

Pada 20 Mei 2013 yang lepas, Koperasi Harapan Berhad (KOHAB) Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-12.

suasana mesyuarat agung tahunan ke-12 kohab

Seramai lebih daripada 100 ahli telah hadir ke mesyuarat ini yang telah dirasmikan oleh Timbalan Akauntan Negeri Sarawak, Puan Hajah Elean Masa'at, yang mewakili Penaung Kelab iaitu Encik Jumastapha Bin Lamat, Akauntan Negeri Sarawak.

Mesyuarat Agung ini telah diadakan di Dewan Persidangan Utama, Tingkat 21 Menara Pelita. selain daripada isu-isu diketengahkan. Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 ini juga bertujuan untuk memilih 4 orang anggota Lembaga baru bagi mengisi jawatan yang dikosongkan mengikut giliran oleh Ahli Lembaga Koperasi.

Tuan Haji Uthman Ibrahim selaku Pengerusi Pemilihan mengumumkan telah menerima 6 pencalonan telah diterima untuk memilih Ahli Lembaga. Pengiraan undi telah disaksikan oleh Encik Mahaldin Matnor dan Encik Zainal Bin Bujang.


Empat (4) orang calon yang mendapat undian tertinggi dalam pemilihan sebagai Ahli Lembaga KOHAB bagi tahun 2013-2015 adalah:

1. Encik Jos Jawa

2. Encik Rais Bohri

3. Encik Mohamad Abang

4. Puan Juliana Hadari.

 

Sebilangan pegawai juga telah menerima sumbangan daripada KOHAB apabila anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun 2012 iaitu:

1. Puan Rina Herianti Binti Jamil (UPSR)

2. Encik Aziz Bin Sarkawi (UPSR)

3. Puan Hariani Binti Yusuf (UPSR)

4. Encik Christopher Danan Binjie (PMR)

5. Encik Busri Bin Ahmad (PMR)

 

Syabas atas kejayaan anak-anak ahli yang mana sumbangan daripada KOHAB ini adalah sebagai sebahagian daripada pengiktiran dan galakan pendidikan kepada semua anggota.

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman