News

 

Refleksi 1Perbendaharaan

Posted on 02 Jun 2013

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengadakan Refleksi 1 Perbendaharaan untuk Bulan Mei pada 22 Mei 2013 di Ruang Legar, Tingkat Bawah, Menara Pelita..

suasana refleksi 1perbendaharaan mei 2013

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Visi dan Misi Jabatan oleh Encik Hamidon Othman dan Ikrar Integriti oleh Encik Riman Redzuan. Akauntan Negeri memulakan ucaptama dengan memaklumkan semua pegawai berhubung perkembangan aktiviti jabatan. Iaitu jabatan telah bekerjasama dengan pihak Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dalam mengkaji semula organisasi jabatan.

Beliau memberikan pesanan agar semua pegawai melengkapkan diri untuk menjadi jurucakap jabatan pada masa hadapan. Jabatan akan terus membuat pendedahan mengikut kesesuaian pegawai untuk menjadi jurucakap jabatan kerana sebilangan staf telahpun dilatih untuk memberi ceramah seperti pembentangan KIK, 5S dan asas-asas perakaunan.

Akauntan Negeri mengambil kesempatan untuk mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua staf yang terlibat khasnya mereka yang telah bekerja keras menghasilkan buku untuk pertandingan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan 2012. Beliau mengharapkan agar jabatan dapat kejayaan untuk pertandingan ini.

Memandangkan jabatan aktif dalam melaksanakan beberapa Kumpulan Initiatif seperti KIK, BSC, QIT, 6Ps dan 5S; beliau merasakan bahawa jabatan boleh mendapat lebih synergi atau kesatuan pulangan jika I.Q ini diatur dengan lebih padat supaya memberi output yang lebih efektif. Iaitu dengan membubarkan beberapa IQ dan tugasan agar ahlinya dapat diserapkan kepada IQ lain.

Projek 'Birokrasi Sifar' juga telah berjaya menarik pelawat-pelawat untuk membuat tanda aras ke Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Lantaran itu, semua PB telah diarahkan untuk melaksanakan 'Birokrasi Sifar' diperingkat mereka dengan memberi maklumbalas kepada pihak Ibu Pejabat.

Beliau menzahirkan rasa gembira dan teruja berikutan wakil PB telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Tadbir Urus yang dipengerusi oleh Residen dalam mana pemerhatian naziran telah dibincangkan bersama. Ini amat bermakna kerana ianya mampu menjadi arena dalam mana isu-isu perakaunan yang akan diberi perhatian sewajarnya. semua PB telah diminta untuk menghantar laporan mesyuarat berkenaan kepada Ibu Pejabat.

Akauntan Negeri Sarawak mewar-war bahawa pada masa ini jabatan dalam fasa menambahkan keberkesanan tugas dalam menghadapai perkembangan baru dari segi perakaunan. Beliau memaklumkan bahawa perakaunan secara 'akruan' akan dilaksanakan di peringkat Persekutan dalam tahun 2015. Di peringkat Negeri Sarawak pula dijangka dalam tahun-tahun berikutnya.

Beliau mengingatkan semua staf agar menambahkan ilmu dan berpendapat struktur organisasi dan staf perlu diubahsuai agar dapat menangani isu-isu yang mungkin timbul nanti. Perkara ini secaranya dasarnya telah diluluskan oleh Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Akauntan Negeri Sarawak mengakhiri ucapan beliau dengan memaklumkan bahawa Dewan Udangan Negeri Sarawak mula bersidang pada 20-29 Mei 2013 dan memohon agar semua pegawai bersedia dan tidak mengambil cuti dalam tempoh tersebut.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman