Berita

 

Majlis Berbuka Puasa

Disiarkan pada 12 Aug 2013

Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak  (KIPAS) telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat Terawih di Surau Menara Pelita pada 26 Julai 2013 bersamaan dengan 17 Ramadan. Majlis ini disempurnakan dengan penyampaian sumbangan derma anak-anak yatim kepada Pengerusi Kanak-kanak Yatim oleh Akauntan Negeri Sarawak.

majlis berbuka puasa dan solat terawih

Sumbangan derma kepada anak-anak yatim ini adalah pungutan yang dijalankan daripada semua pegawai yang beragama Islam di Ibu Pejabat, Perbendaharaan Bahagian Kuching dan Perbendaharaan Bahagian Samarahan. Program ini merupakan acara tahunan KIPAS dalam menyemarakkan sambutan Ramadan dan mengeratkan silaratulrahim antara pegawai dan keluarga pegawai.

 

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman