News

 

Lawatan Tapak Projek KIK Bagi Konvesyen KIK Peringkat Negeri 2013

Posted on 19 Aug 2013

lawatan tapak untuk projek kik

Kumpulan DO-IT daripada Pejabat Perbendaharaan Bahagian Samarahan telah menerima kunjungan sesi Lawatan Tapak Projek KIK untuk Konvesyen Sektor Awam Negeri Peringkat Negeri Sarawak 2013 pada 14.8.2013.

Lawatan berkenaan telah diketuai oleh Encik Dolhadi Bin Haji Mazuki selaku penyelaras KIK Negeri dari Unit Pemodenan Perkhidmatan Dan Kualiti Jabatan Ketua Menteri. Beliau dibantu oleh Encik Awang Yussoff Bin Bujang.

Sesi lawatan tapak ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Perbendaharaan Bahagian Samarahan dari jam 9 pagi hingga 12.30 petang. Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian pihak panel membuat lawatan projek KIK Kumpulan DO-IT. Semoga budaya kreativiti dan inovasi terus subur di kalangan pegawai Perbendaharaan dan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman