Berita

 

Refleksi 1 Perbendaharaan (September)

Disiarkan pada 10 Oct 2013

refleksi 1 perbendaharaan (september 2013)

Refleksi 1 Perbendaharaan Bulan September 2013 telah diadakan pada 30 September 2013 yang lepas. Akauntan Negeri Sarawak dalam ucaptamanya memberikan ucapan tahniah kepada pegawai daripada Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak yang telah mendapat anugerah pingat kebesaran negeri pada hari TYT pada 14 September 2013. Antara pegawai yang mendapat pingat adalah Encik John Nuga (Seksyen Kewangan), Encik Jalani Rosani (Unit Pinjaman Kakitangan) dan Encik Suhaimi Awang Mustapha (Perbendaharaan Sri Aman).

Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Encik Aziz Bin Sarkawi selaku ketua kontingen yang telah mengurus kumpulan perbarisan di Stadium Perpaduan lama semasa Dirgahayu TYT pada 14 September 2013 dengan jayanya.

Akauntan Negeri Sarawak memaklumkan bahawa Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah disenaraipendek antara 5 buah jabatan untuk Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Peringkat Kebangsaan (AIPK), dan telah menerima sijil penyertaaan tersebut di Teluk Intan, Perak pada  12 September 2013. Beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha yang dijalankan oleh Encik Kushairi Johan dan Encik Christopher serta pasukan ahli jawatankuasa mereka untuk kejayaan ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kerana telah bersama Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak(SFS) menjayakan aktiviti Sukan Dwitahunan yang ke-12 yang telah diadakan di Kota Bahru, Kelantan pada 7-11 September 2013. Pasukan telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi dua permainan iaitu karom di bawah pengurus Encik Jong Jackson daripada SFS dan bowling di bawah pengurus Encik Awang Shamat (JPNS). Sementara bagi kategori VIP bowling, Encik Christopher telah mendapat tempat ke-3.

Beliau juga mewar-warkan bahawa JPNS telah disenaraipendek untuk dinilai bagi Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2013, yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia pada 2 Oktober 2013.

Pada masa yang sama JPNS telah terpilih untuk menyertai pertandingan KIK dan QE/5S pada konvensyen di Kuantan Pahang pada awal Oktober 2013. JPNS juga mengambil bahagian dalam pertandingan perkhidmatan kaunter bagi peringkat Negeri Sarawak.

Antara aktiviti lain yang diumumkan oleh Akauntan Negeri Sarawak adalah penutupan akaun 2013, KFA, pengemaskian pekeliling-pekeliling Perbendaharaan Negeri Sarawak, Indeks Akauntabiliti dan Penstrukturan semula Pejabat.

Beliau berharap agar semua pegawai memastikan objektif individu dan jabatan tercapai secara konsisten dan persisten.

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman