News

 

KIK SKIP Mendapat 'Excellent Award' Pada Konvensyen ICQCC Peringkat Antarabangsa 2013 di Taiwan

Posted on 30 Oct 2013

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) SKIP daripada Ibu Pejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menyertai pertandingan Konvensyen QCC Peringkat Antarabangsa (ICQCC) 2013 yang telah berlangsung pada 22 – 25 Oktober 2013 bertempat di Taipei International Convention Center (TICC).

kik di taipei, taiwan

Rombongan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak terdiri dari 4 orang pegawai yang diketuai sendiri oleh En.Jumastapha Bin Lamat, Akauntan Negeri Sarawak. Termasuk En.Christopher Danan Binjie, Penolong Akauntan Negeri (Gaji), En.Raca Mulong, Pegawai Tadbir dan En Judas Ligon, Penolong Akauntan PB Samarahan.

Seramai 281 buah kumpulan daripada 13 buah Negara telah terpilih untuk menyertai konvensyen ICQCC tersebut. Dalam pertandingan tersebut, Kumpulan SKIP telah mendapat anugerah cemerlang yang merupakan anugerah tertinggi dalam pertandingan konvensyen ICQCC tersebut.

Tahniah dan Syabas kepada Kumpulan SKIP yang telah mengharumkan nama Jabatan, Negeri Sarawak serta Malaysia amnya.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman