Berita

 

Majlis Penyampaian Sijil Indeks Akauntabiliti

Disiarkan pada 24 Nov 2013

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak sekali lagi melakar detik bersejarah apabila berjaya meraih 4 bintang dalam Indeks Akauntabiliti. Majlis penghargaan ini telah diadakan di Riverside Majestic, Kuching sempena Hari Audit 1Malaysia Dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2013. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak.

majlis hari audit 1Malaysia

Majlis Hari Audit 1 Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2013 ini telah dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara, Kuala Lumpur sempena Hari Audit SeMalaysia. Syabas diucapakan kepada Encik Awang Sahmat Awang Sharkan, Penolong Akauntan Negeri (Inspektorat) dan ahli dalam usaha mengekalkan pencapaian 4 Bintang.

Syabas juga kepada semua pegawai Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak atas usaha-usaha dan kerjasama yang diberikan untuk pencapaian cemerlang jabatan.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman