News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Bulan April 2011)

Posted on 01 Apr 2011

Refleksi 1 Perbendaharaan Bulan April telah diadakan pada hari ini dengan kehadiran pegawai-pegawai di Ibu Pejabat dan juga wakil bagi Perbendaharaan Bahagian Kuching dan Kota Samarahan. Antara lain amanat Akauntan Negeri Sarawak adalah menyentuh nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam diri semua pegawai iaitu sikap positif, kerja berpasukan, intergriti dan rajin dalam menjalankan tugas.

Beliau juga memberikan penekanan tentang cara pegawai bertindak terhadap kerja di pejabat iaitu agar tidak lalai atau ambil lewa terhadap amanah tugas yang diberikan. Beliau juga mahu semua pegawai berpegang kepada prinsip “sense of urgency” yang bermaksud kepentingan kesegeraan. Semua pegawai perlu menganggap semua tugas yang diberikan diambil tindakan segera dan mematuhi polisi jabatan untuk menyiapkan tugasan dengan memberikan maklumbalas dalam masa 5 hari berkerja.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 16 Oct 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman