Berita

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Disember 2013)

Disiarkan pada 19 Dec 2013

Pada 4 Disember 2013 yang lepas, Refleksi 1Perbendaharaan bagi Bulan Disember 2013 telah diadakan di Ruang Legar, Tingkat Bawah Menara Pelita. Akauntan Negeri Sarawak dalam ucaptamanya memaklumkan bahawa Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mendapat Indeks Akauntabiliti 4 Bintang bagi tahun 2012 yang telah disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak pada 12 November yang lalu.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua staf tidak kira di Ibu Pejabat mahupun di Perbendaharaan Bahagian yang telah berjaya menyumbang dan mengekalkan kecemerlangan ini. Beliau juga menzahirkan rasa syukur di atas kemenangan jabatan bagi :

  1. Anugerah Cemerlang (Excellent) bagi ICC di Taipei, Taiwan pada 22-26 Oktober 2013
  2. Tempat ke-3 antara 68 peserta ICC di Peringkat Nasional di Kuantan, Pahang pada 4 Oktober 2013, dan
  3. Anugerah Emas bagi 5S juga di Kuantan.


Beliau juga memaklumkan bahawa, Panel Pertandingan Perkhidmatan Kaunter telah melawat kaunter di Perbendaharaan Bahagian Kuching. Manakala pada 1 November lepas, jabatan telah dinilai oleh Panel AKPANS bagi Pertandingan AKPANS.

Selain menzahirkan rasa gembira di atas kemengangan berkenaan, Akauntan Negeri memberikan amanat agar pegawai setiap pegawai hendaklah mendalami tugas masing-masing dan mengetahui tugas mereka serta melaksanakannya sehingga selesai.

Beliau menyarankan agar setiap pegawai diberikan senarai semak yang lengkap dan senarai semak berkenaan hendaklah sentiasa dikaji dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Walaupun ianya memakan masa tetapi punca kelemahan yang dikenalpasti perlu ditangani.

Beliau juga memaklumkan bahawa pengagihan semula tugas di antara staff turut dipertimbang memandangkan tugasan kini banyak berasas kepada sistem. Peranan pegawai penyelia dan atasan hendaklah diperkukuhkan termasuk cara menyelia hendaklah dipertingkatkan. ketelitian staf bawahan sehingga staf atasan memperhalusi sesuatu tugas mesti diambil perhatian secukupnya.

Akauntan Negeri memberikan nasihat agar setiap pegawai mengambil langkah bagi memastikan hasil kerja adalah di tahap paling tinggi dengan perubahan sikap secara positif.

Beliau mengakhiri sesi refleksi dengan memberikan ucapan "Selamat Menyambut Hari Krismas" dan Selamat menyambut Tahun Baru 2014.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman