Berita

 

Refleksi 1 Perbendaharaan (Januari 2014)

Disiarkan pada 18 Jan 2014

Dalam Refleksi 1Perbendaharaan untuk bulan Januari 2014 yang telah diadakan pada 15.1.2014, Akauntan Negeri Sarawak telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua staf. Beliau amat berpuas hati dengan kehadiran semua pegawai di Ruang Legar, Menara Pelita.

Beliau memaklumkan pada tahun ini, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak akan kurang untuk menyertai pertandingan disebabkan tiadanya pertandingan AKPANS dan kaunter. Justeru itu, beliau berharap semua staf dapat menggunakan masa ini untuk memperincikan tugas harian. Semua pegawai diminta untuk memastikan dan memberi sepenuh tumpuan kepada kerja 'core businesss'. Semua modul-modul perakaunan, gaji, kewangan, inspektorat, pentadbiran dan perancangan hendaklah pada tahap terkini dan dilaksanakan bukan lagi ditahap perancangan semata-mata. Beliau berharap semua staf dapat menumpukan tugas masing-masing supaya tahun ini semua yang diwujudkan dan dirancangkan bertukar kepada pelaksanaan tugas yang amat baik.

Akauntan Negeri mewar-warkan bahawa tahun ini juga merupakan tahun menyelesaikan tuas-tugas tunggakan, tertinggal dan tugas-tugas yang tidak ada 'value add' kepada kita, agar semuanya sifar. Beliau juga memaklumkan tugas utama mulai Januari 2014 iaitu:

  1. Akaun Awam 2013.
  2. Agenda Perbendaharaan 2013 yang perlu di  bawa ke tahun 2014 disebabkan kekangan kewangan.
  3. Mengenal dan memahami lebih mendalam akan perakaunan akruan yang dijangka dilaksana dalam tahun 2016.
  4. Mengadakan penstrukturan semula jabatan dengan penekanan bagi melancarkan proses membuat keputusan.
  5. Memastikan proses kerja adalah paling berkesan melalui modul-modul baru serta memperkemaskan modul-modul sedia ada.

Akhir kata, Akauntan Negeri Sarawak memberikan peringatan sekali lagi agar KPI jabatan dapat dicapai dengan kebolehan semua pegawai sebgai pengerak kepada kejaayaan pejabat.

Di akhir sesi, Akauntan Negeri Sarawak menyampaikan hadiah hari lahir pegawai yang menyamput hari lahir pada bulan Januari 2014



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman