News

 

Agenda Perbendaharaan 2014

Posted on 19 Mar 2014

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengadakan Agenda Perbendaharaan 2014 pada 22-23 Februari 2014 yang lepas. Ianya telah diadakan di Damai Puri Resort dan Spa, Kuching Sarawak. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak iaitu Datu Laura Lee Ngien Hion. 

perasmian agenda perbendaharaan 2013/2014

Dalam Agenda Perbendaharaan ini, setiap ketua Seksyen dan Unit telah membentangkan pencapaian Pelan Strategik 2013 dan perancangan Pelan Strategik tahun 2014. Sesi ini juga telah merasmikan  baju korporat baru bagi staf Jabatan Perbendaharan Negeri Sarawak.

Taklimat SCS-10 20 juga telah diadakan pada sebelah petangnya. Seterusnya diadakan upacara penyampaian hadiah untuk penghargaan pencapaian aktiviti kualiti telah disampaikan oleh Encik Christoper Danan Banjie.

suasana agenda dan taklimat scs 10 20

Sebelah petangnya juga diadakan upacara sukaneka bagi staf dan ahli keluarga. Suasana bertambah meriah apabila penglibatan keluarga pegawai dan kerenah anak-anak dalam pertandingan sukaneka.

suasana sukaneka

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman