News

 

Hari Keluarga Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak

Posted on 24 Mar 2014

Pada 23 Februari 2014, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Hari Keluarga di Damai Puri Resort And Spa, Kuching Sarawak. Pegawai dan keluarga di Bahagian lain juga telah dijemput untuk memeriahkan Hari Keluarga ini. Tema bagi majlis makan malam keluarga ini adalah "Red and Black. Mission Impossible'.

majlis makan malam hari keluarga

Antara aturcara pada makan malam Hari Keluarga adalah cabutan hadiah bertuah, permainan bagi golongan dewasa dan kanak-kanak. Acara majlis telah dimeriahkan dengan celoteh pengacara majlis pada malam itu iaitu Cik Masittah dan Encik Jelani. Manakala Encik Riman dan Encik Henry Manja @ Aiman telah dengan jayanya menjalankan aktiviti permainan kepada peserta yang 'sporting' tampil menyertai permainan yang diadakan. Suasana meriah dengan karenah kanak-kanak mengikuti permainan dan persembahan tarian serta bakat nyayian kanak-kanak.

Pada majlis ini juga telah diadakan pertandingan ratu dan raja yang telah dimenangi oleh Puan Juliana dan Encik Othman. Manakala pertandingan kategori keluarga telah dimenangi oleh keluarga Encik Kushairi Johan. Akauntan Negeri Sarawak telah merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan majlis makan malam yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis makan malam ini.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman