News

 

Refleksi 1Perbendaharaan Mac 2014

Posted on 08 Apr 2014

Refleksi 1Perbendaharaan Bulan Mac 2014 yang dianjurkan oleh Jabatan Perbendaharaan pada 19 Mac 2014. Dalam ucaptama Akauntan Negeri Sarawak menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada ahli keluarga terdekat pegawai yang telah meninggal dunia. Takziah kepada Cik Yeo Ling Sze atas pemergian adik beliau, saudara Bossly Jemali di atas pemergian ibunda dan pemergian anak saudara Encik Kushairi Bin Johan.

Akauntan Negeri mengucapkan syabas apabila Akaun Kewangan Negeri Tahun 2013 telah berjaya diserahkan kepada pihak Audit Negara pada 28 Februari 2014. Tahniah kepada Puan Hajah Elean dan pasukan Seksyen Perakaunan dan Seksyen Kewangan di atas kejayaan menyiapkan dalam tarikh sasaran.

Beliau juga menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pegawai Tadbir dan ahli jawatankuasa beliau yang telah berjaya mengurus Majlis Agenda Perbendaharaan yang telah diadakan pada 22-23 Februari yang lepas. Agenda Perbendaharaan juga telah mencapai objektifnya untuk dilaksanakan pada tahun 2014.

Akauntan Negeri sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Pegawai Tadbir dan ahli jawatankuasa kerana telah melaksanakan majlis makan malam dengan baik. Beliau juga berterima kasih kepada ahli keluarga semua pegawai yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Dalam Refleksi kali ini, Akauntan Negeri Sarawak memaklumkan bahawa jabatan telah menyertai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan anjuran Kementerian Persekutuan yang diketuai oleh Encik Kushairi Bin Johan. Antara lain aktiviti yang dijalankan adalah jabatan akan mengambil bahagian dalam Pertandingan KIK di Colombo, Sri Langka pada bulan Oktober 2014. Manakala KIK peringkat Zon akan disertai oleh Kumpulan Aspirasi Utara dari Perbendaharaan Bahagian Miri untuk pertandingan ke peringkat negeri.

Antara lain aktiviti adalah Projek HPT, KFA, Birokrasi Sifar dan 'Paradox of Delegation". Beliau menegaskan projek Birokrasi sifar penting agar tugas membuat keputusan dipercepatkan keutamaannya. sekiranya hirarki pegawai dan proses kerja dapat dikurangkan bermakna keputusan akan lebih cepat dapat diambil.Begitu juga dengan perlaksanaan "Paradox of Delegation' di mana agihan memo terus kepada pegawai tanpa melalui Ketua Seksyen dan Unit akan mempercepatkan proses kerja dilaksana.

Diakhir ucapannya, Akauntan Negeri berharap agar semua pegawai tahu akan aktiviti yang dijalankan di peringkat jabatan dan mengucapkan selamat bertugas.

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman