News

 

Bengkel Perakaunan dan Kewangan Zon Selatan

Posted on 08 May 2014

bengkel zon dirasmikan oleh Timbalan Akauntan Negeri Sarawak

Kursus Pemantapan Pengetahuan dan Kemahiran Dalam Perakaunan dan Kewangan Zon Selatan telah diadakan di Bahagian Betong, Sarawak pada 12-13 April yang lalu. Semua staf di Perbendaharaan Bahagian Kuching, Samarahan dan Betong telah hadir ke sesi bengkel ini. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Hajah Elean Masaat, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak.

Antara lain aktiviti yang dijalankan pada 12.4.2014 adalah takimat perakaunan dan kewangan oleh Penolong Akauntan Negeri Kanan (Perakaunan), Encik Kushairi Johan, Pengurusan Aset oleh Pegawai Tadbir, Encik Raca Mulong, taklimat gaji oleh Encik Christopher Danan Binjie dan Inspektorat oleh Encik Awang Sahmat.

suasana bengkel

Pada sebelah petang pada 12.4.2014 telah diadakan perlawanan persahabatan pertandingan badminton antara ibu pejabat dan Perbendaharaan Bahagian. Manakala di sebelah malam diadakan majlis makan malam bagi mengiratkan lagi silaraturahim antara Bahagian dan Ibu Pejabat.

perlawanan badminton dan majlis makan malam

 

 

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman