News

 

Refleksi 1Perbendaharaan Bulan Mei 2014

Posted on 15 Jun 2014

Pada 20.5.2014 yang lalu, satu Refleksi 1Perbendaharaan telah diadakan di ruang legar, tingkat bawah Menara Pelita.  Akauntan Negeri Sarawak dalam ucaptamanya telah merakamkan ucapan takziah kepada Puan Magdaline Kueh di atas pemergian bapa saudara beliau awal bulan Mei 2014. Akauntan Negeri Sarawak memaklumkan kepada semua pegawai dalam perhimpunan kali ini berhubung beberapa projek yang sedang dijalankan oleh jabatan iaitu:

  1. Projek CSR  5S di Surau Darul Ehsan dan Dewan Serbaguna Kampung Panglima Seman Lama.
  2. Projek BSC yang dinilaikaji oleh Encik Segaran iaitu konsultan dari JKM.
  3. KIK daripada Aspirasi Utara di bawah saudara Peter telah terpilih untuk mewakilik jabatan dalam peringkat Zon Utara.
  4. Key Focus Activiti (KFA) 2014 dengan tajuk "Penyediaan Akaun Tabung Amanah bagi entiti-entitit Kerajaan Negeri"
  5. Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan yang kini jabatan telah mengemukakan dokumen.

Beliau juga memaklumkan bahawa pada minggu kedua Mei 2014, Ketua Unit dan Ketua Seksyen telah diminta untuk mengemukakan laporan mingguan kepada Akauntan Negeri Sarawak. Laporan ini mengandungi tugas-tugas yang masih tertunggak yang harus dipantau secara mingguan. Selain bertujuan agar Ketua Seksyen memantau tugas seksyen masing-masisng, laporan mingguan ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada Akauntan Negeri Sarawak untuk menyalurkan idea bagi membantu isu-isu yang diketengahkan.

 

Akauntan Negeri Sarawak memaklumkan bahawa usaha yang baru dilancarkan dalah mengenai "values" atau nilai-nilai yang kita junjung sebagai panduan menjalankan tuas harian yang mana nilai tersebut diterimapakai daripada nilai-nilai tetapan Kerajaan Negeri Sarawak.

 

Di akhir ucapan beliau, Akauntan Negeri Sarawak memberikan satu peringatan berhubung berhati-hati mengenai maklumat-maklumat yang ada disalurkan mengikut garis panduan yang betul dan tidak boleh mendedahkan kepada umum tanpa melalui saluran yang betul.

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman