News

 

Taklimat Pelaksanaan Pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB)

Posted on 18 Jun 2014

Pada 19 Mei 2014, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menerima kunjungan Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Sarawak yang telah memberikan taklimat berhubung pelaksanaan pengiraan potongan cukai bulanan. Taklimat berkenaan telah diadakan di Dewan Utama, Tingkat 21, Menara Pelita. seramai 5 orang pegawai LHDN telah hadir ke taklimat ini dalam memberikan penjelasan dan penerangan kepada staf Perbendaharaan Negeri Sarawak. Semua pegawai Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak termasuk di Bahagian Kuching dan Samarahan adalah dijemput hadir. Pihak Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada pihak LHDN Cawangan Sarawak atas inisiatif dan taklimat yeng diberikan.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman