News

 

Lawatan Tanda aras 5S ke MPC Cawangan Sarawak

Posted on 02 Jul 2014

Pihak Jawatankuasa Induk 5S Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak bersama dengan wakil penduduk Kampung Panglima Seman Lama telah mengadakan lawatan 5S ke Malaysian Productivity Corporation (MPC) Cawangan Sarawak pada 19.6.2014 yang lalu. Program lawatan adalah salah satu rangka perancangan dalam usaha Jawatankuasa Induk 5S Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak untuk memulakan program 'Corporate Sosial Responsibility' (CSR)/ Tanggunjgawab Sosial Korporat bersama penduduk Kampung Panglima Seman Lama. Justeru itu, lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penduduk Kampung Panglima Seman Lama khususnya berhubung 5S dan perlaksanaan yang akan dibuat di kampung berkenaan. Ketua wakil bagi AJK Surau Darul Ehsan adalah Ustazah Sabtuyah merupakan ketua wakil Kampung. Manakala ketua wakil AJK Dewan Serbaguna dan ketua wakil AJK Kitar Semula adalah Encik Sapiee Sulaiman dan Puan Eton.

Taklimat telah disampaikan oleh Cik Norhafizah daripada MPC. Pihak Jabatan Perbendaharaan  Negeri Sarawak merakamkan ucapan terima kasih juga kepada Puan Khadijah dan terutama sekali Pengarah MPC yang telah sudi menerima kunjungan dan memberikan penerangan berhubung 5S. Lawatan juga telah dibuat hampir ke semua tempat di MPC Cawagan Sarawak.

 

lawatan tanda aras 5s ke MPC



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman