News

 

Sambutan Merdeka Raya

Posted on 14 Sep 2014

 

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak bersama dengan Persatuan Kebajikan Islam Jabatan (KIPAS) telah menganjurkan sambutan Merdeka Raya sempana bulan Kemerdekaan dan sambutan Aidil Fitri pada 29 Ogos 2014 yang lalu. Walaupun sederhana ianya amat meriah dengan adanya kerjasama semua staf terlibat. Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil-wakil jabatan di Bangunan Menara Pelita dan juga kunjungan pegawai lain. Dalam memeriahkan lagi sambutan ini, setiap seksyen dan unit telah diminta untuk membuat kek pertandingan dan teratak yang paling cantik.

Suasana dimeriahkan lagi dengan kejutan kepada Akauntan Negeri Sarawak dengan upacara sambutan Hari Jadi beliau yang sepatutnya disambut pada 2 September oleh staf Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Beberapa staf telah sama-sama menjayakan progam permainan dan menyumbangkan lagu. Suasana gamat apabila pada penghujung sambutan di mana semua staf menyanyikan lagu kemerdekaan dan mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sarawak.

sila rujuk ke ruangan Galeri Foto untuk lebih gambar suasana merdeka raya.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman