News

 

Perbarisan Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Sarawak

Posted on 19 Sep 2014

Perbarisan Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Sarawak

Pada 13.9.2014 yang lalu merupakan Sambutan Hari Jadi Tuan Yant Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Taib Mahmud yang ke-78. Satu upacara perbarisan hormat sempena sambutan ini telah diwakili seramai 176 kontigen seluruh Sarawak yang terdiri daripada Jabatan-jabatan Kerajaan, agensi dan Badan Berkanun. Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak tidak ketinggalan untuk turut serta dalam perbarisan ini yang telah menghantar seramai 40 ahli. Iaitu wakil daripada Ibu Pejabat, Perbendaharaan Negeri Bahagian Samarahan dan Bahagian Kuching. Sebelum daripada itu, telah diadakan raptai pada 10.9.2014 dan raptai penuh telah diadakan pada 11.9.2014.

Kontingen Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah diketuai oleh Encik Raca Mulong dan dibantu oleh Encik Jelani Rosani. Fasilitator kontingen adalah Encik Awang Sahmat Awang Sharkan. Syabas kepada kontingen Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak yang telah menunjukkan semangat kerja pasukan yang baik. DIRGAHAYU untuk TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Taib Mahmud.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman