News

 

Anugerah Emas pada ICQCC 2014 Colombo Sri Lanka

Posted on 26 Oct 2014

kumpulan skip6 pada icqcc 2014 di colombo sri langka

Kumpulan DO-IT daripada Perbendaharaan Bahagian Samarahan, Sarawak telah mewakili Malaysia untuk beraksi dalam pertandingan International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) 2014, telah berjaya meraih Anugerah Emas pada pertandingan tersebut. Majlis itu telah diadakan pada 12-15 Oktober 2014, di Bandaranayke Memorial International Conference Hall (BMICH) Colombo, Sri Lanka. Tahniah kepada DO-IT yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dan jabatan khasnya pada pertandingan yang amat berprestij. Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak merupakan satu-satu jabatan yang telah mewakili Sarawak untuk pertandingan ICQCC anjuran MPC ini.

Seramai 208 buah kumpulan daripada 13 buah Negara telah terpilih untuk menyertai konvensyen ICQCC 2014. Anugerah Emas merupakan anugerah tertinggi dalam pertandingan konvensyen ICQCC ini. Tajuk projek Kumpulan DO-IT ini adalah 'kelewatan menghantar maklumat bayaran ke Pusat Tanggungjawab'. Kumpulan delegasi telah diketuai oleh Akauntan Negeri Sarawak, YBhg Datu Jumastapha Bin Lamat.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman