News

 

Majlis Penghargaan

Posted on 06 Dec 2014

majlis penghargaan

 

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengadakan majlis penghargaan kepada pegawai sempena kejayaan Jabatan mendapat 3 anugerah baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Bilik Persidangan pada 1.12.2014. Antara anugerah yang telah diterima adalah seperti berikut:

  1. Anugerah 4 Bintang Indeks Akautabiliti pada Hari Audit 1Malaysia & Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2014.
  2. Anugerah Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi Kumpulan SKIP6 Sempena Konvensyen Team Excellent Anjuran MPC pada 26.11.2014 di Kuala Lumpur Convention Centre.
  3. Anugerah Emas dan Johan Sektor Awam Peringkat Negeri untuk QE/5S sempena Konvensyen Team Excellent Anjuran MPC pada 26.11.2014 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Majlis ini dihadiri juga oleh pegawai Jabatan Audit Negara Cawangan Kuching dalam usaha mengeratkan silaraturahim antara dua jabatan. Tahniah dan Syabas kepada semua pegawai di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak atas usaha dan komitmen sehingga jabatan mendapat penganuerahan ini.

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman