Berita

 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak

Disiarkan pada 05 Jan 2015

sambutan maulidur rasul peringkat negeri sarawak 2015

Pada 3 Januari 2015, Jabatan Negeri Sarawak telah menyertai perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang telah diadakan di Kuching Sarawak. Seramai 50 ahli kontigen Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak hadir ke Majlis Perarakan ini. Dianggarkan Seramai 20,000 masyarakat berbilang kaum dan agama hadir memeriahkan Perarakan Maulidul Rasul 1436H/2015M Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Masjid Jamek pada 3 Januari 2015. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, sambutan pada tahun ini merupakan terbesar dalam sejarah penganjurannya, yang mana bilangan kontinjen yang disasar menyertai perarakan adalah sebanyak 200 kontinjen.


Majlis ini dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta isteri dan Ketua Menteri Sarawak serta isteri. Perhimpunan dan perarakan bermula seawal jam 6.30 pagi di Masjid Jamek yang melalui perjalanan sejauh 4.8 kilometer dari Masjid Jamek mengelilingi Petra Jaya.  Terdapat beberapa program telah diatur bagi memeriahkan lagi majlis kemuncak tersebut seperti pertandingan sepanduk dan pertandingan perarakan. Sambutan diteruskan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan As Solihin dari Kuching (johan kategori tradisi), kumpulan As Sobirin dari Sri Aman (johan Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2014) serta kumpulan Tasbih yang mewakili Sarawak ke Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan.


© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman