News

 

Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi Harapan Berhad (KOHAB) Sesi 2011/2013

Posted on 21 Apr 2011

PENGUMUMAN!

Kepada Semua Ahli KOHAB, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.

Dimaklumkan bahawa KOHAB akan mengadakan pemilihan 4 ahli Lembaga KOHAB yang akan dikosongkan bagi sesi 2011/2013 semasa Mesyuarat Agung Tahunan KOHAB dan pencalonan adalah terbuka kepada anggota KOHAB yang layak.

Pihak Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Uthman Bin Ibrahim menyediakan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Notis KHB/TRY1 [muat turun].

Semua pencalonan hendaklah menggunakan Borang Pencalonan Ahli Lembaga Koperasi (KHB/TRY2)[muat turun] yang perlu dilengkapkan dan dikembalikan atau difaks pada atau sebelum Hari Isnin, 25 April 2011 jam 5.00 petang kepada:
   
                                 SETIAUSAHA
                                 JAWATANKUASA PEMILIHAN AHLI LEMBAGA KOHAB
                                 TINGKAT 9, MENARA PELITA,
                                 PETRA JAYA, KUCHING.
                                 (u.p.: Cik Mastria @ Ain Maisarah Binti Badang)
                                 No. Faks : 082 - 446082

Jika terdapat pemilihan, pengundian akan dijalankan semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada 27 April 2011.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman